Cara-cara mengatasi masalah kulit kering

12:57 AM



Setiap orang memiliki jenis kulit yang berbeza-beza, dan salah satu masalah kulit yang sering dimiliki ialah masalah kulit kering. Dalam istilah lain, ia juga dikenali sebagai Xerosis, dimana kulit kurang mendapat lembapan. Kulit yang sering menjadi kering ialah di bahagian-bahagian yang terbuka, seperti muka, tangan, kaki yang mana selalu terdedah pada cahaya panas matahari dan udara luar. Masalah kulit kering  boleh dimiliki oleh semua lapisan umur dan tidak kira jantina. Ada yang mengalami masalah kulit kering sudah lama, dan ada yang mengalami masalah kulit apabila melalui masa masa yang tertentu.



Antara faktor lain yang menyebakan masalah kulit kering ialah :-

👉Kurang minum air

Salah satu faktor yang menyebabkan masalah kulit kering adalah kerana kurang air dalam badan. Hal ini kerana, sebahagian besar dari tubuh kita terdiri daripada air. Air memainkan peranan yang penting dalam memastikan kulit tidak kering dan kekal segar. Oleh itu, kulit akan mengalami penurunan kelembapan jika kita kurang minum air, lagi lagi semasa cuaca panas.

👉Genetik Dan Usia

Genetik juga menjadi faktor kulit kering kerana, mempunyai keadaan kulit kering sejak dari kecil atau mempunyai genetik keluarga yang sememangnya mempunyai masalah kulit kering. Selain genetik, usia juga menjadi pendorong kerana, semakin bertambah usia, kelembapan kulit kita akan berkurangan dan ketahanan kulit turut kurang dan perlahan-lahan menjadi kedur.

👉Cuaca

Faktor cuaca juga mempengaruhi kelembapan kulit. Ini kerana, kulit akan menjadi kering dalam keadaan cuaca tertentu seperti terlalu sejuk atau terlalu panas. Suhu yang terlalu panas juga dapat mengakibatkan seseorang itu mengalami strok haba kerana jumlah air yang diperlukan oleh badan tidak mencukupi. Akibat suhu yang terlalu panas juga boleh menyebabkan kulit kehilangan kelembapannya kerana terlalu banyak peluh yang dikeluarkan dari tubuh badan.

👉Gangguan Kesihatan

Masalah kulit kering juga boleh diperolehi kerana gangguan kesihatan tertentu, seperti kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik. Akibat kadar hormon tiroid yang terlalu rendah, aktiviti kelenjar peluh dan kelenjar minyak semakin menurun maka kulit akan menjadi kasar dan juga kering. Psoriasis ialah keadaan kulit yang kemerahan, kasar dan bersisik tebal yang berlapis-lapis akan timbul sekiranya badan kita kekurangan air.





Selain kelihatan tidak menarik dan juga tidak cantik, keadaan kulit kering juga boleh mengakibatkan seseorang itu merasa rendah diri dan kurang selesa, oleh itu masalah kulit kering boleh diatasi melalui langkah tersebut :-

👍Minum air mineral yang cukup agar tidak mengalami masalah kekurangan air.


Disini saya telah nyatakan carta untuk pengambilan air mengikut masa 🌸

👍Hindari penggunaan air panas ketika mandi kerana penggunaan air panas boleh mengakibatkan kelembapan kulit berkurangan.

👍Makan buah-buahan serta sayur-sayuran supaya tubuh badan kulit dapat memperolehi vitamin yang cukup.

👍Penggunaan sabun mandi atau sunblock yang boleh mengekalkan kelembapan kulit adalah sangat digalakkan.

👍Penggunaan losen juga disarankan untuk mengekalkan kelembapan kulit terutama pada musim panas dan juga musim sejuk.

Pelbagai cara bagi mengatasi masalah kulit kering baik secara semula jadi mahupun rawatan. Jadi kepada semua follower Marissa Aesthetic 💘 yang mengalami masalah kulit kering boleh lah terus hubungi kami atau terus datang ke center kami di seluruh Malaysia bagi mendapatkan keterangan dari pakar consultan kami secara percuma serta terus mendapatkan rawatan dengan segera dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan harga promosi Marisssa Aesthetic sehingga 80% semperna ulang tahun yang ke-5, jumpa anda disana 💋

You Might Also Like

0 comments