5 Resepi Skrub Buatan Sendiri

8:23 PM

Selain membuat muka anda berasa bersih dan diperbaharui, skrub muka yang baik boleh mencegah jerawat dan mengelupas kulit kering atau kulit mati. Artikel kali ini membantu anda membuat lima resepi skrub yang pastinya bahan ada di rumah anda.


  1. Skrub Teh Hijau + Madu + Gula
scrub green tea
Teh hijau yang digunakan untuk kulit membantu melambatkan penuaan dan mengurangkan kedutaan dan noda serta memperbaiki tisu parut. Manakala madu mempunyai pelembap yang besar dan ciri-ciri antibakteria.
Bahan-bahan :
  • Teh hijau
  • Gula
  • Madu
Cara-cara :
  • Bancuh secawan teh hijau menggunakan air panas dengan kepekatan yang kuat.
  • Teh hijau yang baik adalah teh hijau serbuk berbanding teh hijau dalam uncang.
  • Kemudian tuangkan satu atau dua sudu teh ke dalam mangkuk. Biarkan teh hijau itu sejuk.
  • Setelah teh hijau sejuk masukkan gula ke dalam teh yang disejukkan tadi sehingga adunan menjadi kental dan boleh digosok ke kulit wajah anda.
  • Tetapi pastikan masih dama keadaan basah. Akhir sekali masukkan satu sudu madu dan gaul sebati.
  1. Skrub Minyak Kelapa + Gula + Lemon
images
Minyak kelapa telah digunakan selama berabad-abad oleh ramai orang sebagai tonik kulit yang baik. Manakala gula dan lemon dapat melembutkan kulit wajah.
Bahan-bahan :
  • ½ cawan Minyak Kelapa @ minyak zaitun @ minyak grapeseed
  • Gula
  • Lemon
Cara-cara :
  • Letakkan ½ cawan minyak kelapa di dalam mangkuk.
  • Tambah 2 sudu besar gula ke dalam mangkuk dan pastikan gula di kacau sehingga mempunyai ketulan pasir.
  • Tambah 1 sudu jus lemon bagi wangian yang menyegarkan dan ia berfungsi untuk pembersihan yang mendalam.
  1. Skrub Kopi
homemade-coffee-scrub
Serbuk kopi membantu sebagai pengelupas semulajadi kulit wajah, menanggalkan sel-sel kulit mati dan menjadikan kulit muka anda berasa segar dan lembut. Selain itu, skrub kopi ini membantu dalam masalah selulit dan ia boleh disapu pada tumit kaki yang pecah-pecah.
Bahan-bahan :
  • Kopi
  • 1 sudu gula perang atau  gula pasir
  • 1 sudu madu
Cara-cara :
  • Kisar beberapa biji kopi atau gunakan sisa-sisa kopi yang ada ditepi cawan anda.
  • Kemudian tambah 1 sudu gula perang dan 1 susu madu dan gaul hingga rata.
  • Lumurkan skrub kopi ke muka anda dengan gerakan membulat.
  • Biarkan hingga kering sebelum di basuh.
  1. Skrub Beras
Rice-Scrub-For-Blackheads
Bahan-bahan :
  • Beras (apa-apa jenama)
  • Madu
  • Lemon / limau
Cara-cara :
  • Beras dikisar kepada saiz yang kecil tetapi jangan kisar terlalu lama takut ia menjadi serbuk halus.
  • Cukup sekadar kisaran yang sederhana untuk menghasilkan beras yang mempunyai manik kecil.
  • Tambah madu di dalam beras untuk adunan yang tebal.
  • Potong limau ½ biji dan perah ke dalam adunan beras dan madu.
  • Gosok lemon yang terdapat serbuk beras dan madu pada muka.
  • Sekiranya tidak ada lemon, boleh gunakan tangan yang bersih.
5. Skrub Almond + minyak badam + minyak essential
almond scrub

Bahan-bahan :
  • Almond
  • minyak badam
  • minyak essential
Cara-cara :
  • Letakkan 1 cawan badam makan dalam mangkuk dan kisarkan hingga hancur tetapi jangan terlalu lama.
  • Gunakan badam mentah
  • Campurkan ½ cawan minyak badam atau minyak zaitun/minyak kelapa
  • Tambah beberapa titik minyak pati untuk wangian yang menyegarkan.
Bagi menyimpan skrub ini dalam tempoh yang agak lama iaitu 1-2minggu, masukkan skrub yang sudah siap di dalam bekas bertutup. Simpan di tempat sejuk dan kering.
Menggunakan skrub untuk muka yang baru dicuci. Gosok gosok di seluruh muka anda dan berikan tumpuan di kawasan-kawasan yang kering. Gunakan tuala kecil basah untuk membuang gosok, dan percikan air sejuk di muka anda apabila anda selesai.
Selamat mencuba! 

You Might Also Like

0 comments