LASER RADIO FREQUENCY

3:12 AM


RF adalah teknologi yang bersifat pro perubatan dan ia tidak bersifat intrusif. Tanpa membakar kulit seperti sinaran laser, RF mengeluarkan haba yang tidak terlalu panas untuk mensimulasikan lapisan kulit dermal. Aktiviti simulasi ini dilakukan ke atas kolagen semula jadi yang terkandung dalam kulit bagi mengetatkan lagi permukaan kulit yang kendur.
Pada masa yang sama, ia membantu untuk meningkatkan dan menghilangkan kesan calar; parut lama dan sebarang cacat-cela pada permukaan kulit termasuk kedutan; mata bengkak atau eye bag dan kulit yang kendur. Pada rawatan pertama lagi, anda dapat melihat perubahan yang ketara dari segi kulit yang tegang dan lembut, menambah rawatan susulan sebanyak lima hingga enam kali akan memberi hasil yang lebih menonjol dan rawatan seterus menyusul dalam tempoh dua kali sebulan. Kebanyakan wanita yang datang mendapatkan rawatan terdiri daripada wanita bekerja, isteri dan wanita berusia. Walaupun tidak ada had umur yang diletakkan, saya sarankan mereka yang berusia 25 tahun dan ke atas boleh mencuba bergantung kepada masalah yang dihadapi."
"Mereka yang berusia atau merasakan dirinya nampak tua daripada usia sebenar, boleh berdaftar dan mendapatkan nasihat."
RF bukan sahaja merawat bahagian muka tetapi ia boleh digunakan untuk mengurangkan lemak yang berlebihan serta merawat bahagian badan seperti pinggang, paha, perut dan mengurangkan rasa kesakitan di belakang badan. Dalam tempoh 30 minit sahaja, rawatan lengkap dapat diberi di muka, paha dan belakang badan. Bahagian perut, bagaimanapun, mungkin mengambil masa yang panjang iaitu hampir sejam.
Untuk melangsingkan badan pula, RF memecahkan lemak degil dan mensimulasikan bahagian badan yang bermasalah selulit menerusi sistem limfa.

SEBELUM DAN SELEPAS


 Untuk mendapatkan segala informasi atau rawatan sila hubungi kami!!


Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484
Shah Alam : 019-396 3678 / 03-5524 5697
Bangi : 03-8928 9334/ 016-225 9334
Nilai : 012-358 5949
Melaka : 06-317 0412 / 013-338 6698
Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561
WHATSAPP : 012-608 0159

WEBSITE : marissa-esthetic.com
FACEBOOK : Marissa Aesthetic
WEBSITE : Dr Rushmini

PM kami terus untuk maklumat lanjut:
www.facebook.com/messages/MarissaAestheticHQ

You Might Also Like

0 comments